Friday 27 June 2014

Pengenalan Dhab Sinai
Nukilan sejarah... ... lalu dihantarkan oleh ALLAH SWT sejenis biawak pasir (DHAB) untuk memadamkan kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W. menghalang niat Quraisy membunuh baginda ketika berlakunya Hijrah Rasul.
Dhab adalah spesies haiwan purba paadang pasir Negara Timur Tengah seperti Mesir, Arab Saudi, Sahara, Libya kerap ditemui sekitar pergunungan Thur Sina Mesir.
Daging Dhab digemari masyarakat Badwi dipercayai memiliki khasiat perubatan yang amat tinggi. Dhab mempunyai kepala seperti penyu, badan seakan biawak, ekor berduri, lidah tidak bercabang, tidak bertaring, ia herbivore sepenuhnya tidak memakan bangkai.
Dhab mempunyai 5  jari seperti manusia, berkuku tetapi tidak digunakan untuk menerkam atau mengoyak makanan. Dhab mampu hidup sehingga 200 tahun. Ajaibnya spesies ini tidak pernah minum air. Haiwan ini memperolehi sumber air dari tumbuhan kaktus padang pasir yang dimakannya. Dhab bukan haiwan DUA ALAM maka ia tidak mampu hidup di dalam air. Dhab juga tidak tergolong kategori haiwan berbisa yang haram dimakan jijik atau kotor .
Berikutan haiwan ini tidak berbisa dan tidak mengigit ia selalu diburu sebagai makanan bertujuan menguatkan tenaga batin lelaki mahupun tujuan perubatan lain.
Dhab perlu disembelih sebelum dijadikan hidangan.
Ia mengambil masa amat lama untuk mati selepas disembelih sehingg satu hari atau lebih.